16 October 2012

keMATIan

Assalamualikum kepada semua.. mohon maaf sangat-sngat sebab dah lama x update blog ni..  dah bersawang dah pon blog nih.. Sorry sangat, sbb haritu busy sikit dgn PMR, jadi lepas PMR ni boleh la tolong tengok bloh ni skit.. Apa2 pon yang berlaku, artikel kita pada kali ni KEMATIAN..


  • Keadaan orang BERIMAN dengan orang KAFIR ketika nyawa diCABUT!!
SOALAN: Bagaimanakah keadaan orang beriman dan orang kafir ketika nyawa dicabut??

JAWAPAN: Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

    • Orang yang beriman apabila tiba masa ajal mautnya, pembawa berita gembira daripada Allah datang menemuinya. Lalu tidak ada sesuatu perkara yang tidak disukainya melainkan bertemu Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT amat suka bertemu dengannya. Manakala orang yang melakukan maksiat atau kafir apabila tiba ajal mautnya, berita buruk atau keburukkan yang akan dihadapinya datang menemuinya. Lalu dia tidak suka bertemu Allah SWT dan Allah SWT juga tidak suka bertemu dengannya.


    • Oleh itu, malaikat rahmat akan turun menemui orang mukmin ketika ajalnya tiba untuk menenangkannya dan menyampaikan berita gembira bahawa Allah SWT telah membuka pintu syurga untuknya. Lalu dia melihat kenikmatan dan keharumannya, dengan itu dadanya menjadi lapang dan dia bergembira untuk bertemu Tuahannya. Manakala orang kafir pula, mereka akan diazab dengan kematian mereka dan mereka akan dibenci untuk bertemu Allah SWT. 

 
So kesimpulannya ialah:


  1. Kematian dan kehidupan adalah kepunyaan Allah Taala. Dialah pencipta kematian dan kehidupan. berhala atau khudrat alam (nature) tidak memilik kematian dan kehidupan.
  2. Kematian ialah proses perpindahan adari tempat beramal ke tempat pembalasan.
  3. Kematian ialah sesuatu yang wajib berlaku atas setiap manusia x kira sesiapa pon dia. Tiada siapa yang dapat melarikan diri daripada-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersiap sedia menghadapinya. 


 wallahua'lam..

                    

No comments: