28 April 2012

Nasihat untuk manusia yang bergelar WANITA


  • Beribadahalah kepada Allah saja.. Sesuai dengan apa yang telah Al-Quran dan Hadis kata..
  • Kita kena hati-hati kat syirik dalam akidah mahupun ibadah.
  • kena beware dengan bid'ah sebab bid'ah tu sesat dan orang sesat masuk neraka!!
  • jaga solat elok-elok noh!! Kalau solat x jaga, hal lain konfem x jaga jugakkan??
  • Taat kat 'hubby'(kalu dah kahwin la..) jgn lawan cakap dia selagi dia x suroh kita buwt maksiat dan dosa..
  • Jaga 'hubby' x kira dia ada dekat @ tidak..
  • Berbuat baiklah dengan jiran melalui lisan @fi'el..
  • x boley keluaq dari umah kalau x dak hal penting.. Klau kena kluaq jugak tutup la aurat tu..
  • Ikut cakap mak ayah kita x kira dari segi lisan @ perbuatan..kecuali depa suruh buat maksiat..
  • Bagi perhatian kepada pendidikan anak-anak kalau ada dah.. ajaq depa tentang akhlak terpuji, jujur, amanah, dll..
  • Banyakkan zikir dan sedekah..

AURAT!!

Selalu cakap pasal aurat kan.. mesti bosan kan?? tapi nak cakap gak pasal aurat ni.. sebab aurat ni sangt penting!!

Kenapa kita perlu menutup AURAT??

1. Supaya kita dapat menjaga maruah kita sebagai seorang muslim dan seorang perempuan..
2. Bagi mengelakkan berlakunya maksiat..
3. Menunjukkan peribadi seorang muslim yang sebenar..

"Peribadi seorang wanita  itu bukanlah dinilai berdasarkan keindah rupa paras tetapi berdasarkan cara pemakaiannya mengikut syarak serta akhlak yang mulia.."

Aurat Dengan Lelaki bukan Muhrim

Seleruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja!!
#Tidak terlalu ketat
#Tidak jarang
#Tidak menampakan anggota aurat

Aurat Sesama Perempuan ISLAM..

Dari pusat hingga ke lutut..

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah seorang wanita yang solehah"

Anda Orang BerIMAN??

Ehem2..Testing... testing...:)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Tak jwab dosa, kalau jawab sayang... (Baca ikut gaya Maria Elena.. Ahaks...:P)

Okay... Cukup2.. So, anda orang yang beriman? nak tau? Jom baca satu kisah...



Once upon a time...
Rasulullah ditanya : "Adakah seorang yang mukmin itu boleh menjadi pengecut?"
Baginda saw menjawab : "Ya"..
Tetapi ketika ditanya : "Adakah seorang mukmin itu juga berbohong?"
Dengan tegas Rasulullah menjawab : "Tidak! Orang mukmin tidak akan berbohong"
 Menurut kisah di atas, kita dapat simpulkan bahawa seorang Mukmin itu tidak berbohong atau menipu atau apa2 yang sama waktu dengannya.. So, jujurlah kerana kita orang berIMAN. Jom sama2 kita islahkan diri kearag yang lebih baik. Anda orang berIMAN? Tepuk dada, Tanya iman...


10 April 2012

» Bergembiralah wahai orang-orang yang beriman…






“Sesungguhnya orang yang berkata, “Tuhan kami ialah Allah,” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (di atas jalan tauhid), maka malaikat akan turun kepada mereka, lalu berkata, “Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, serta bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”

Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh – pada hari itu – apa yang kamu minta.”
“Pemberian-pemberian itu sebagai rezeki yang disiapkan daripada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
“Tidak ada seorang pun yang lebih baik perkataannya daripada seorang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata, “Sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang Islam (yang patuh kepada Allah)!”
Tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara (balasan) yang terbaik. Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat yang setia.”
“Sifat yang terpuji ini tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai bahagian (pahala) yang besar (daripada kebahagiaan dunia dan akhirat).
“Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Fussilat, 30-36)
————————————————————
Sesungguhnya kitabullah yang agung merupakan ubat segala penyakit, ubat penenteram jiwa, ubat penyakit hati dan juga merupakan cahaya bagi segala kegelapan. Bahkan, ia juga merupakan penangkal segala duka lara, pencipta kehidupan sejahtera sepanjang masa, yang tidak akan tergoyah oleh berbagai syak wasangka, dan tidak akan tergelincir oleh badai kebingungan.
Seorang mukmin jika sedang dirundung kesedihan atau ditimpa musibah, kemudian ia merujuk kepada al-Qur’an, dengan hati yang penuh iman; membacanya dengan fasih dan teliti, meresapi kandungan ayat-ayatnya, mengindahkan lafaz-lafaznya, membenarkan janji-janjinya mengenai kenikmatan syurga atau ancaman-ancaman mengenai seksaan neraka, nescaya lenyaplah kesedihannya, bahkan ia akan kembali bahagia dan tenang.