25 October 2011

Lima syarat berbuat maksiat

Satu hari ada seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham.. dia berkata:

“Wahai abi Ishak! Selama ini aku gemar berbuat maksiat. Tolong berikan aku nasihat”. Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata : “Jika kamu mahu melakukan menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat”. Lelaki itu dengan tidak sabar-sabarnya bertanya : “Apakah syarat2 itu wahai abi Ishak?” Ibrahim bin Adham berkata :

1. Jika kamu membuat maksiat dengan Allah, JANGAN MEMAKAN REZEKINYA..

Mendengar perkataan itu dia mengenyitkan keningnya seraya berkata : “Dimana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah??”. “Ya!!!”. Jawab Ibrahim bin Adham dengan tegas.

Kalau kamu sudah memahaminya, masihkah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangannya??

2. Kata Ibrahim : “ Kalu kamu mahu bermaksiat, JANGAN TINGGAL DIBUMINYA!!”. Syarat ini membuatkan lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata : “Wahai Abdullah fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekinya & tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar larangan-Nya??”. “Ya! Anda benar!”, kata lelaki itu. Dia bertanyakan syarat yang ketiga..

3. “Kalau kamu masih mahu berbuat maksiat, CARILAH TEMPAT TERSEMBUNYI YANG X DAPAT TERLIHAT OLEH NYA!”. Lelaki itu kembali terperanjat & berkata : “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah x boleh melihat kita?? “Ya!!”.

“Apakah kamu masih mahu berbuat maksiat??” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk & meminta syarat yang ke empat.

4. “KALAU MALAIKAT MAUT DATANG HENDAK MENCABUT ROHMU, KATAKANLAH KEPADANYA, “KETEPIKAN KEMATIAN AKU DULU”.

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepalanya dan segara tersedar dan berkata : “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku??”. Wahai Abdullah, kalau kamu sudah menyakini bahawa kamu x boleh menundakan & mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh keluar dari kemurkaan Allah??”. “ Baiklah, apa syarat yang kelima??”.

5. “KALAU MALAIKAT ZABANIYAH DATANG HENDAK MENGIRINGIMU KE NERAKA, JANGAN ENGKAU IKUT BERSAMANYA”. Lelaki itu tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim, “Mulai saat ini aku mahu bertaubat kepada Allah” katanya sambil ,menangis tersesak2.

RAMADHAN DAHULUI KEBERKATAN, KURANGKAN PEMBAZIRAN

Syukur kepada kehadrat Ilahi, dapat juga nak membuka blog asrama ni setelah kesekian kali lama x membukanya. Ana selaku menulis blog ni, memohon maaf banyak2 kepada pengarang risalah ini, kerana tidak memasuk risalah ini kedalam blog Mariah qibtiyah pada bulan ramadhan lalu.

Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, Ramadhan kini muncul kembali. Bulan yang penuh rahmat dan berkat. Bulan yang di dalamnya terbuka pintu Syurga manakala tertutupnya pintu Neraka. Bulan pengampunan dan bulan menyucikan diri. Bulan uang nilainya melebihi bulan-bulan lain.

Sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sungguh, telah dating kepadmu bulan yang penuh berkat, di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibukanya pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan, dan di mana dijumpai satu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu bulan, maka barang siapa yang tidak berhasil berolah kebaikkannya, sungguh tiadalah ia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya.” [Hadis riwayat Ahmad, Nasa’i dan Baihaqi]

Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan kemenangan, tapi juga bulan kesabaran, bulan yang menyucikan hati dan meningkatkan rohani kepada yang lebih baik dan bersih. Pada bulan ini kita bukan sahaja diuji dengan rasa lapar dan dahaga, malahan turut diuji sejauh mana kita mampu mengawal rasa marah, tamak, syak wasangka, dan segala sifat mazmumah yang harus diganti dengan sifat-sifat mahmudah.

Namun, timbul persoalan, sejauh manakah keistimewaan Bulan Ramadhan ini dinikmati dan masih hormatkan masyarakat Islam dengan bulan yang penuh kemulian ini?

JIka kita tinjau sambutan bulan Ramadhan di setiap Negara Islam khususnya, ia amat berbeza sekali. Kenyataan ini turut diakui Pegawai Hal-Ehwal Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ustaz Khairil Khuzairi Omar. Beliau berkata, kehadiran Ramadhan sebenarnya mendatangkan reaksi yang berbeza-beza daripada pelbagai lapisan masyarakat.