31 March 2011

Malam Kesenian Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha penyayang..

Pada minggu 3 bulan march yang lalu, asrama ada buat satu program malam kesenian 'Apresiasi Islam Dan Seni' [AIDS].. Yang telah berlangsung pada 24 hinga 26 mac 2011 bertempat di Pusat Pendidikan Al-Azhar anjuran Lujnah HELWA dan MPP banat..

AIDS adalah salah satu aktiviti di bawah naungan beberapa ujnah iaitu BADAR dan HELWA. Program ini diwujudkan agar para pelajar dapat menghayati Islam dan menjadikan seni sebgai wadah perjuangan kita..InsyaALLAH.

Objektif program ini adalah.. Mengeratkan ukhuwah silaturrahim diantara pelajar asrama.. Ia juga dapat mengisi waktu lapang dengan perkara yang berfaedah dengan memikirkan bagaimana untuk kesenian pada malam tersebut..Selain itu, untuk mencungkil bakat pelajar menjadi alternative hiburan yang berlandaskan syariah kepada pelajar. Dan akhir sekali untuk maenjadi dakwah khusus kepada banat..

Aktiviti pertama yang kami lakukan pada program AIDS ini ialah menonton tayang video.. Ia memberi kesedaraan kepada kita supaya tdak menyukai kepada muzik yang melaghakan..Artis hiburan bukan tempat pada zaman sekarang ini mengagungkan syaitan..K'bykkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis-artise ingeris akan memaparkan gambar -gambar piramid bermata satu, kepala syaitan dll..
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila layari: http://www.youtube.com/karkoons

Akhir aktiviti program tersebut, kami lakukan pertandingan nasyid diantara banat di bilik seminar dengan dihadiri oleh.. Ustazah Roshidah, Ustazah Zurida dan Muallilamh Khadijah dengan dihakimi oleh Puan Iman dan Muallimah Hikmah. Kemenangan tempat pertama berpihak kepada kumpulan KEN-TEN.. Tempat kedua dimenangi oleh AR-RUHULJADID.. Dan tempat ketiga ISBD BAND..

Setakat tu saja yang boleh tulis,sebab dah tak tau nak tulis ayat skema dah..insyaALLAH.. setakat ni sahaja pada kali ini.. Wasalam..

25 March 2011

~ LoVe ~

Assalamualaikum...apa khabar sume??...herm,pada kali nie ana nak masukkan risalah yg ana wat nie…ok,back to the story..erm,setelah lama berfikir ana x taw laa nak wat tajuk apa last2 mai ana wat tajuk yg popular nie…tajuk nya ialah…alaa hampa mesti dah taw nyaa tajuk dia apa...



What is love???

Love ialah cinta , (cina) ai , (korea) sarang , (jepun) ai , (french) l’amour , (Italy) amore

Kalau ikut Wikipedia…

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Dalam erti laen…

Cinta adalah perkataan indah yg m’punyai erti yg mendalam bagi pasangan kekasih…tapi sekarang nie perkatan cinta dah koman,lapuk..sbb org dok guna perkatan cinta dok kata “ I love you “ kat mulut ja tpi hati entah betul ke tak…ungkapan “ I love u “ dah x boleh percaya,nilainya sudah murah…semua nie kerana apa????...

Ana dapat taw kata cinta nie ada 3 dimensi…entah laa betul ke tak…**harap2 betoi laa**

First = fizikal

Second = mental

Third = spiritual

Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal , kedua cinta emosional dan cinta peringkat ketiga ialah cinta spiritual…Selalunya pasangan ‘couple’ nie depa hanya lalui 2 dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional sahaja…kalau kita tengok laa nie org bercinta selalunya bermula dgn cinta fizikal…

Drpd tertengok wajah pi kpd lirikan mata jatuh kpd senyuman yg manisss…terdengar suaranya yg merdu,manja serta lunak…terbau pulak perfumnya yg menusuk kalbu…tu kalau lelaki tengok perempuan…kalau perempuan tengok lelaki sebaliknya lah..

Sume yg berkaitan dengan 5 pancaindera kita byk b’gantung kpd cinta fizikal…kalau hampa nak taw cinta pertama nie mai drpd cinta fizikal…

Kalau cinta emosional pulak camna???toing..toing…

Herm…nak kata camna ah!!! cinta emosional nie selalu bila pasangan ‘couple’ nie pi “date”..dok berganyut telefon, dok berchit-chat, antaq sms,mms…bertukaq pendapat and also wat homework sekali ka??...pastu time besday bagi hadiah,puji nuu puji nie tuu laa yg boleh terdetik cinta emosional…sampai rindu sampai angau x sangga…siap kata lautan api sanggup kurenangi..huh..masa tu dok pikiq sumenya indah…

Kalau pasangan “couple” nie depa lalui 2 dimensi cinta sahaja…macam mana pulak dgn cinta dimensi yg ke-3???

Jeng..jeng..jeng..selalunya cinta spiritual nie akan dilalui oleh pasangan yg telah dijodohkan oleh papa mama depa…barulah depa akan melalui cinta fizikal dan emosional…ini laa org dok kata kawen dulu baru bercinta…perkahwinan itu disukai oleh papa mama depa dan juga diredhai Allah…kalau hampa nak rumah tangga yg kekal,damai,harmoni,diredhai Allah,disukai oleh papa mama,,so,,tunggu apa lagi kawen dulu baru bercinta…tok sah dok bercinta lagi laa nie belajaq luu..lepastuu nak kawen pi kawen...hehe

Seseorang punya fizikal mental dan spiritual harus dipenuhi sebelum dye komited terhadap sesuatu…ok,,kalau ada cinta fizikal dan cinta emosional shj x lengkap sbb tuu hubungan tuu x kekal dan akan goyah…kalau nak perkahwinan yg teguh,,hampa carilaa cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunnah Nabi Muhammad s.a.w kerana untk menambah umat and also because of the order of God…

Pesanan ana yg terakhir ialah kita kena ingat jodoh kita sudah ditentukan di Luh Mahfuz… bukan sahaja untk di dunia, malah membawa ke akhirat…Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.

p/s: ana mintak maaf jika ada apa2 kesalahan dalam risalah nie…

kalau2 sapa2 x taw Luh Mahfuz tuu apa…nie maksudnya...

Luh Mahfuz ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti.

sEKIAN dARI aNA…

~selamat membaca~ (^_^)

16 March 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita??

Assalamualaikum kepada pengunjung-pengunjung Mariah Qibtiyah.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca sedikt tazkirah di laman web Mariah Qitiyah.. Sebelum otak ni laju berfikir unuk bermadah, ingin memohon maaf kalau-klau tersilap bahasa atau sebagainya.. Pada kali ni nak bercakap pasal tajuk kat atas tu "Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita??".

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahwa kita sedang mencintainya. Hati merasakan bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebok, dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya :

"Saya sayang abang".
"Saya sayang ibu".
"Saya cinta kamu semua".

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seseorang hamba, maka dia memanggil malaikat Jibril dan berkata : " Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!". Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit seraya berkata : "Wahai penduduk langit , sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintailah dia". Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumu ini". (Hadis riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah.. Sungguh luar biasa hebatnya..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan " Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya..

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka jibril membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langi, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintailah dia!"

Kemudian orang itupun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman.. Oh Ar-Rahim.. bahagianya mereka yang benar-benar dicintai oleh Allah.. Pasti hidup mereka senntiasa tenang dan di rahmati. Bayangkan pembaca Mariah Qibtiyah, disayangi Allah. Pasti di dunia ini dipenuhi dengan kebahagian.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar di cintai Allah??

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Fikir-fikirkanlah wahai pembaca Mariah Qibtiyah..



15 March 2011

...temasya SuKaN SMAAZ 2011...

Assalamualaikum...apa khabar sume?...arie nie ana nk crita skit laa pasal sukan smaaz pd 3 mac lalu...sowy laa lmbt skit nk crita nie sbb diri ini sgt malas nk menaip...tpi nmpknya ada jgak org laen rajin nk update blog nie...alhamdulillah ada jgak perkembangan...

oklaa...mari kita crita pasal sukan plak...
taun nie first smaaz ada perbarisan masa arie sukan dan ada maskot untuk setiap umah sukan..
taun nie kami wat sukan kat kolej matrikulasi kedah kat changlun...
mai kita cakap pasal acara pulak...macam besa laa acara yg ada balapan,tarik tali,lontar peluru,lompat jauh dan skipping...
entah laa nak cerita pa lagi...
kita terus ke keputusan arie sukan nie...
taun nie tempat keempat jeng...jeng..jeng..dapat kat umah biru...tepuk tangan skit...
tempat seterusnya tempat ketiga jatuh kepada...jeng..jeng..jeng..umah hijau...tepuk tgn sume..
seterusnya..tinggal 2 lagi umah sukan antara kuning dan merah ...
tempat kedua siapa yg punya...jeng..jeng..jeng..umah kuning dpt tempat kedua..tahniah..tepuk kuat2 sume...dan
juara temasya sukan smaaz tahun 2011 jatuh kpd jeng..jeng..jeng..umah merah...tepuk jgn x tepuk..tepuk kuat...ok2 sudah..

ana rasa setakat nie je laa kot ana dpt post pasal arie sukan smaaz nie..klau ada yg tersilap kata ka terguris hati ka..ana mintak maf sgt2 ...ok nanti ana masukkan gambar2 sukan..
sekian..(^_^)

c.s

13 March 2011

Rama-Rama vs Wanita

Assalamualikum wbt.. Alhamdulillah dapat juga buka blog ni untuk mengisi sedikit tazkirah walaupun dah lewat post.. Hm.. x pa la daripada x post langsung kan?.. Tazkirah pada kali ni nak ambil yang dibuat oleh warga asrama Mariah Qibtiyah, Effah Nabilah, yang bertajuk rama2 vs wanita.. InsyaAllah mari kita fahami tazkirah yang ingin disampaikan..

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggap rama-rama.

Ramai yang tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari-jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapinilainya dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik kepada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikan disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang di redhai oleh Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut panduan yang Allah ajarkan di dalam Al-Quran yang telah di sampaikan oelh rasul-Nya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukai ." [Hadis riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk memasuki syurga Allah. Antaranya, menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberikannya keistemewaan untuk masuk syurga dari mana-mana pintu yang di kehendakinya.

12 March 2011

Doa Tidak Terhijab

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..Hari ni nak post about 10 sebab doa x terhijab.. Hari ni penulis nak tulis skit2 ringkas tapi padat sbab hri ni pnulis penat baru balik dari muqayyam tahun 6 kat Bukit Ayer, Perlis.. Sebelum tangan ni laju ja menaip.. Nak minta maaf la kalu risalah ni ada salah tatabahasanya dan lain2..

"Wahai Ibrahim bin Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankannya: Beritahu kami sebab nya apa?"

Ibrahim bin Adham pun menjawab., "Tidak terhijab nya doa disebabkan 10 perkara..

  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidakmenunaikan hak-Nya..(perintah)
  2. Kamu membaca Al-Quran tapi kamu x beramal denannya.
  3. Kamu mendakwa syaitan tu musuh kamu..tapi kamu menurut hasutannya..
  4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tapi kamu meninggalkan amaln & sunnahnya..
  5. Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu x beramal untuk mendapatkannya..
  6. kamu mendakwa enci neraka, tapi kamu x meninggalkan perbuatan dosa tersebut..
  7. Kamu mendakwa mati tu benar..tapi kamux sedia untuk nya..
  8. Kau sibuk cerita tentang aib orang lain, tapi kau lupa aib kamu sendiri..
  9. Kau makan rezeki Allah tap kau lupa mensyukurinya..
  10. Kau mengebumukan saudara kau, tapi kau lupa tuk ambil iktibar daripada nya..

Jadi kalu ada skit peragai kat atas tu berubah la dari sekarang.. Tu yang doa sampai skarang Allah x makbulkan permintaan kita.. Bukan Allah x mau makbulkan, Allah sayang kan kita, tapi kita perlu buat apa yang Allah suka.. Baru lah doa kita kan di makbulkan oleh Allah..InsayaAllah..

Setakat ni saja penulis boleh tulis tuk hari ni.. Esok nak tulis lagi 2 risalah.. Semoga kita mendapat iktibar dari apa yang penulis tulis hari ni..

Wasalam..

05 March 2011

Orang Yang Paling Busy..

..BISMILLAHIROHMANIRROHIM..

Assalamualaikum wbt.. Sebelum jari-jari lebar ini menari laju untuk melanjutkan lagi risalah kali ini, izinkan ana memhon maaf kalau-kalau risalah ini x menepati citarasa semua..



SIAPAKAH ORANG YANG .....??


  • Siapa orang yang paling busy??
Orang yang paling busy ialah orang yang x ambik tau pasai waktu solat.. Busy la sangat seolah-olah dia tu memerintah kerajaan macam kerajaan Nabi Sulaiman A.S.

  • Siapa orang yang paling senyumannya manis??
Orang selalu berpendapat orang yang ada lesung pipit kat pipi *macam ana* senyum manis..(hehe..keperahsantanan berlaku disitu).. Yang sebenarnya, orang yang memiliki senyuman yang paling manis ialah orang yang apabila ditimpa musibah..dia senstiasa senyum sambil berkata "Innalillah hi wainna ilaihirojiunn..Ya Allah aku rdha dengan taqdir -Mu ini.."

  • Siapa orang yang paling kaya??
Kekayaan yang sebenarnya bukan kekayaan yang diperolehi dari harta.. So, orang yang ada banyak harta bukan orang kaya yang sebenarnya.. Hakikatnya, orang yang paling kaya ialah orang yang paling bersyukur dan merasa bersyukur dengan apa yang dia miliki also x lupa bahwa nikmat dunia hanyalah nikmat yang sementara..

  • Siapakah orang yang paling miskin??
Orang yang paling miskin ialah orang yang against dengan orang kaya.. macam mana tu?? Macam ni.. Orang yang paling miskin ialah orang yang tak mensyukuri dengan apa yang dia dapat kat dunia ni..Keja dia cari duit sebab dia ingat duit tu buat dia jadi kaya..

  • Siapakah yang paling rugi??
Orang yang paling rugi ialah orang dah mukallaf (dah tanggung dosa dan pahala sendiri) tapi x gheti-gheti nak buat ibadat dan amalan kebajikan.. Berat je rasa hati nak melakukan benda-benda yang baik.. Tu la orang yang paling rugi..

  • Siapakah orang yang paling cantik??
Siapa kata miss world tu cantik?? Ana kata miss world tu x cukup cantik..sebab apa?? Sebab, orang yang memiliki kecantikan yang sebenarnya ialah orang yang memiliki akhlak yang baik.. Itu baru cantik.. So, sapa nak cantik?? Angkat tangan..Ish..ana suruh angkat tangan.. x mau sudah.. Malas nak cari pasal gan antuna..hehehe.

  • Sipakah orang yang memiliki rumah yang paling luas??
Orang yang memiliki rumah luas adalah orang yang banyak melakukan amal kebaikan..Kubur tempat dia di semadikan sementara menunggu hari kebangkitan.. Yang sempit tu akan jadi luas kalu kita melakukan amal kebajikan banyak-banyak..

  • Siapakah orang yang memiliki rumah yang paling sempit lagi menghimpitkan??
Sapa ek?? Sapa lagi kalau bukan orang yang mati tak membawa amalan kebaikan.. Kubur dia akan menghimpit dia.. semoga kita tak tergolong dalam golongan nih..na'udzubillahi min dzalik..

  • Siapa orang yang memiliki akal??
Sememangnya manusia dikurniakan akal jika dia seorang yang normal.. Tapi sapa yang sebenar-benarnya memiliki akal?? Orang yang memiliki akal sebenarnya ialah orang yang menggunakan akal dia kat dunia untuk menghindarkan diri daripada azab neraka.. Orang yang sebenarnya menggunakan akal dengan sebenar-benarnya ini akan menghuni SYURGA ALLAH s.w.t yang penuh kenikmatan.. InsyaAllah.. Semoga kita tergolong dalam juga dalam golongan orang yang sebenarnya ada akal nih..