15 April 2011

Tangisan Wanita

Saat Allah menciptakan wanita. Dia membuat wanita sangat penting. Allah ciptakan bahunya agar mampu untuk menahan beban dunia.. dan isinya. Walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut yntuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan seringkali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri. Allah memberinya ketabahan yang membuatnya tetap bertahan pantang menyerah kalah di saat semua orang berputus asa. Wahai wanita,, Allah memberikan kesabaran untuk merwat keluarganya walaupun letih,, sakit,,lelah,, dengan tanpa keluh kesah. Allah memberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apa pun,,biarpun anak2nya kerap kali melukakan hati dan perasaannya. Perasaan ini memberikan kehangatan kpd anak2nya yang ingin tidur. Sentuhan lembut memberikan ketenangan dan keselesaan. DIA berikan kekuatan untk membimbing suaminya melalui masa kegentaran. Suami pula menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk lelaki memjadi pelindung setiap hati dan jantung wanita?? Allah kurniakannya kebijaksanaan untuk mebolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali juga kebijaksanaan untuk membolehkan wanita itu menguji kesetiaan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi. Dan akhirnya, Allah berikannya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah khusus yang Allah berikan kepada wanita agar dapat dia dinginkan perasaannya dimana dia inginkan..

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita.. Walaupun sebenarnya, air mata ini..AIR MATA KEHIDUPAN..

p/s: mesti lepas baca risalah ni korang akan rasa bangga kan?? sbb korang la wanita tu.. tapi sebenarnya korg fikir pendek..korang x terfikir ke yang mama korang tu wanita gak?? so.. hargailah die selagi die masih hidup.. insyaAllah.. [insyirah]

Si Gadis Bercerita Tentang Cinta

Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya.

Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.

Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.

Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."

Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.

Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.

Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.

Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!

Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.

"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"

Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.

Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.

Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.

Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.

Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.

Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita. Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.

Sahabat

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qammah (seorang sahabat nabi) kepada anaknya :

1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...

2) Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikkan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkannya (menyebutnya)

3) Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerimanya dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu, ia suka menutupinya,

4) Pilihla sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia akan beri, jikalau engkau diam, dia mula menyapamudan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan mu serta menghiburkan mu..

5) Sahabat yang jikalaunya engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakan dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Suciksnlsh 4 hal dengan 4 perkara:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada pencipta mu, Hati mu takut dan gentar kepada kehebata Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada dzat yang memilikimu".

Tenangkanlah Duhai Hati

Bismillahirahmanirahim..


Setiap hari kita ketawa. Setiap ari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi kenapa hati kita x gembira??

Kita smbahyang setiap hari. Kita berdoa selalu kpda Allah. Kita minta sungguh2 kat Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak makbul?? Sedangkan Allah berfirman : "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan.."

Apa masalah kita??
Hati kita x gembira sebab kita x pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita x pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita x ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita nak di makbulkan??
Sebab kita asyik meminta kepada Allah, tapi x pernah pun minta amoun keapda Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak kepda Allah. Alangkah malunya kita,kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, Lepas kita dapat bersenang lenang kita lupa kepada Allah, kita x bersyukur kepada Allah. Bila datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..Minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita??

Cuba kita renungkan diri kita. Cuba hitung, berapa kali sebut kalimah syukur dalam satu hari?? X payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya?? Itupun kalu sebut..

Pernah kita bangun malam.. Solat sunat, solat tahajjud, solat taubat??Pernah?? Ada... kat sekolah ye la memang ada orang kejutkan. Itupun susah nak bangun.. Lepas tu ada?? Ada.. Time nak periksa .. waktu tu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat pulak tu!! Lepas dapat result tu, ada buat sujud syukur x?? Hmm.. entahla, x ingat la pulak!!..Hari-hari kita buat baik..Kita tolong orang. Kita sedekat kat orang.Kita buat macam-macam. Tapi kenapa hati still jugak x tenang?? Kenapa ye?? Sebab dalam hati kita x ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata laon. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikkan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah malunya kita.. Allah menciptakan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan, sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali iblis laknatullah. Betapa Allah memuliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa pada tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang menciptakan diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammada SWA, pada saat malaikat inggin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayangnya Rasulullah kepada kita!! Tapi kita?? Kita lupa baginda Rasulullah. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana kita nak tenang??

Lembutkan lah hati kita. Tundukkanlah diri kita kepada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat semua tu.. Ikhlaskan hati dalam setiap perkara..

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja lah yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. InsyaAllah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri.. Tenanglah dikau wahai hati.. Renung-renungkanlah..

Memelihara Kesucian Masjid & Surau

Assalamualikum.. syukur kpd Allah SWT yg memberi kita nyawa untuk kita hidup dan menyedut udara..dengan nikmat yang Allah bagi ni gunakanlah dengan sebaik yang mungkin sebelum Allah menarik semua nikmat..Salah satu kita bersyukur kpada Allah adalah mendirikan solat.. Jadi sebelum kita solat, kita mesti menjaga kesucian masjid dan surau..

Dalam firman Allah yang bermaksud
"Mendirikan masjid merupakan tindakan pertama yang diambil oleh Rasulullah. Tindakan ini menunjukkan betapa pentingnya institusi masjid dan surau dalam islam". [At-taubah:18]

Ketika masuk masjid apa yang kita perlu lakukan?? Pertama sekali mesti kita buka kasut kita kan?? kemudian, langkahkan kaki kita dengan kaki kanan apabila masuk ke dalam masjid.. dan baca doa masuk masjid: Allahumma ftah li abwaba rohmatik..dan mengucapkan salam kepada orang yang berada di dalam masjid..

Semasa dalam masjid @ surau, kita boleh lakukan solat tahyatul masjid..kemudian kita juga boleh niatkan hati kita untuk iktikaf di dalam masjid @ surau tersebut..duduk menghapd kiblat.. Always remember Allah contohnya kita membaca Al-Quran..dan x membuat perkara yang x berfaedah..

Ketika keluar masjid plak.. kita keluar dengan tenang, jgan kelam kabut..nak langkah keluar tu, dahulukan kaki kiri, kalu boleh bagi salam kat orang yang still dalam masjid.. dan berazam untuk datang lagi..

Fungsi masjid & surau:

1.Institusi pendidikan dan perbincangan ekonomi.
2.Pusat penyelidikan dan perbincangan ilmiah dan pusat pembanggunan keluarga.
3.Pusat interiaksi umat,perhimpunan dan penyatuan.
4.Pusat kegiatan Islam seperti ceramah dan pusat persinggahan para musafir.
5.Pusat ibadah kepada Allah

Kalu kita x menjaga adab kita di dalam masjid, kita akan mendapat dosa dan kemurkaan allah sebb masjid adalah rumah Allah. Selain itu, ini akam menyebabkan jatuhnya maruah islam dan terhindar dari rahmat Allah SWT..

Seluruh dunia WAJIB pertahankan masjid yang paling berguna:

1.Masjidil Haram di Mekah
2.Masjid Nabawi di Madinah
3.Masjidil Aqsa di Palestin

Wallahu'alam..

9 Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia



Antara sebab 9 utama yang menghilankan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2.Pendendam
Sidat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecilan sekalipun seperti sakitkan hati @ tempelak orang yang didendaminya itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada wang. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok di kongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5.Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.. Walau beberapa banyak yang diminum tetap tak abis juga.. Lagipun orang tamak selalu rugi..Ingat!! Yang dikatakan harta @ rezeki kita bila ia dipakai @ digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (Mungkin ada hak orang lain disitu) Biarlah rezeki sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat memanfaatkan.

6.Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang besar.

7.Ego
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan sesorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin.

8.Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambahkan amalnya tetapi dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalu kita riak..takabbur dgn apa yang kita ada.

9.Cinta dunia
Tidak dapat menderita,.. dapat pun menderita kerana bila susdah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi mengawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak soleh solehah.. cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia ini "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkan akhirat itu di hati dan dunia itu ditangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat di bawa mati.

Kesimpulan..
Jadi yang meragut kebahahiaan sebenarnya bukanlah TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukkan tetapi ialah sifat mazmumah.

Makin tinggi sifat mazmumah seseorang, semakin tidak bahagia. Samaada bermujahadah atau dibiarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadahkita kan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi, sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.. Andainya kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Segala kesilapan dan kesalahan dalam risalah ni minta maaf ye..

Bantuan Allah

Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt.. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadang kala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini.. Nauzubillah..

Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi menah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut..

Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah swt dlam surah Al-Baqarah:

"Rasul dan orang-orang beriman bersamanya: " Bilakah datangnya? Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga? Padahal belum datang kepada mu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah pertolongan Allah? Ingatlah , sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". [Al-Baqarah:2:214]


Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi kan bukti bahwa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar b
eriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotilah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senag lenang di dalam kamus hidupnya , yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjajnjikan seribu kesukaran lagi..

Tetapi walaupun begitu susah perjuangan ini, meraka tidak semudah itu untuk mengalah. Lihat sahaja kisah Bilal bin Rabah, Musa'b bin Umair dan Kaab yang dikurniakan dengan ujian yang menggetarkan iman, tetapi kerana keiman yang ketingga kepada Allah, maka mereka diberikan keistimewaan berada di samping Allah..

Ayuh pejuang !!! bangkitlah dari kelemahan diri ini, ingatlah bahwa ujian itu sebagai mahar yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga dan semoga jerih lelah kita menunaikkan mahar ini akan menjadi sirna ketika berhadapan dengan Allah kelak.. Perjuangan ini penuh onak duri segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan langit bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita..


14 April 2011

Love...

Assalamualaikum..Apa khabar semua?? herm,minta maaf la sebab dah lama x post risalah dlm blog nie..Kali ni ana nak ambil artikel pasai cinta..

What is love?

love ialah cinta, ai(cina), sarang(korea), ai(jepun), I'amour(french), amore(italy)

Kalu mengikut wikilpedia..

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan kesersian antara perseorangan, rela berkorban untuk org lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjunkkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menentukan pola utama hubungan antara perseorangan dan pengenalan diri.

Dalam erti lain..

Cinta ini adalah perkataan indah yang mempunyai erti yg mendalam bgi pasangan kekasih..Tapi sekarang ni perkataan cinta dah koman,lapuk..sbab orang dok gna perkataan cinta dok kata "I LOVE YOU" kat mulut ja tapi hati entah betul ke tak.. ungkapan "I LOVE YOU" dah x leh percaya, nilainya sudah murah.. semua ni kerana apa..???

Ana dapat tau kata cinta ni ade 3 demensi..entah la btul ke x..**harap2 btoi la**

1) Fizikal
2) Mental
3) Spiritual

cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, kedua cinta emosional dan cinta peringkat yang ketiga ialah cinta spiritual..Selalunya psangan 'couple' ni depa hnya lalui 2 demensi cinta shaja iaitu cinta fizikal & cinta emosional shaja..Kalau kita tengok la ni orang yang bercinta selalunya bermula dengan cinta fizikal...

Daripada tertengok wajah pi kepada lirikan mata jatuh kepada senyuman yang manissss... terdengar suaranya yang merdu, manja serta lunak.. terbau pulak perfumnya yg menusuk kalbu.. tu kalu lelaki tngok perempuan..

Kalu perempuan tgk laki plak..camne?? #ana rasa ana x yah gtaw la kot..sbb hmpa smua pompuan# ** x kan la hampa laki plak**

Semua yg berkaitan dgn 5 pancaindera kita bnyak bergantung kpad cinta fizikal..kalu hampa smua nak taw cinta pertama nie, mai drpada cinta fizikal..

Kalu cinta emosional plak camna?? toing..toing..

Hmm.. nak kata mcamna ah??!! cinta emosional nie slalu bila pasangan 'couple' ni pi "date"..dok bergayut telefon, dok berchit-chat, aqntar sms..mms..bertukar pndapat la..and also wat homework skali ka?? Pastu time besdey.. bgi hadiah..puji ini, puji itu la yang terdetik cinta emosional.. sampai rndu anggau x sangka..siap kata lautan api sanggup ku renangi..huh!! masa tu dok pikiq semuanya indah..

Kalu psangan "couple" ni depa lalui 2 demensi cnta shja.. mcam mana plak dngan cinta dimensi yang ke-3??

Jeng..jeng..jenggg.. slalunya cinta spiritual ni akan dilalui oleh psangan yg telah dijodohkan oleh papa & mama depa.. brulah depa akan melalui cinta fizikal dan emosional..ini la orang dok kata kawen dulu baru bercinta..perkahwinan itu disukai oleh papa mama depa dan juga di redhai Allah.. Kalu hampa nak rumah tangga yg kekal, damai, harmoni, di redhai Allah, di duaki mama papa.. so.. tunggu apa lagi??!! kawen dulu baru bercinta.. x pyah bercinta waktu la nie.. blajaq la dulu sampai abes..amik master dulu ka baru kawen..hehe..

Seseorg m'pnyai fizikal, mental dan spiritual harus d' pnuhi sblum dya komited terhdap sesuatu.. ok, kalu ada cinta fizikal dan emosional shaja x lengkap.. sbab itu hubungan x kekal & akan goyah.. kalu nak perkahwinan yang teguh, hampa crilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunnah Rasulullah SAW krna untuk menambah umat and also because of the order of God..

Pesanan ana yg terakhirialah kitaa kna ingat jodoh kita sdah d tentukan di Luh Mahfuz..bukan shja untk di dunia.. malah membawa ke akhirat..Jika diizinkan-Nya.. pasangan kita iyulah yg akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga..berkasih di syurga bkan hanya di dlam lagu cinta.. tapi yg benar akan terjadi jika kita mengerti dgn menyuluh ke denai-denai di hati..

p/s: ana minta maaf kalu2 ada kesalahan dlm risalah ni..
kalu sapa2 x tau Luh Mahfuz tu benda pe ..ni maksudnya..
Luh Mahfuz: tempat catatan yg ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti..


wallahu'alam..

01 April 2011

Pandangan Sheikh Yusuf Al-Qardawi tentang boikot Israel


Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu “jentera peperangan” Yahudi?

Jawapan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: “Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92). Allah swt juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (Qur’an, 49:10). Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: “Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” [Riwayat Muslim].

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).

Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham… dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.

Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.

Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerka, “TIDAK” kepada syarikat-syarikatnya, dan “TIDAK” kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).

‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”. Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di ”Israel” dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.

Allah berfirman: “Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu” (Qur’an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: “Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu.” Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.

Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”

“Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.

Aku Malu!! Tidakah kamu??

Bismillahirahmanirahim..

Rasa MALU
Yang harusnya ada pada setiap wanita

Rasa MALU
Yang harusnya menjadi benteng maruah kita

Rasa MALU
Juga yang harusnya menyandarkan kita akan siapa diri kita..

Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..

Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu??

"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'sesungguhnya engkau tidak melawati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu'.."-(HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, kuning, biru, hijau, apa saja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin sahaja dirimu tidak tersebar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Diri mu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampiri..

Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukn Khadijah wanita yang mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira'..
Apatah lagi Rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan yang biasa..
Umpama bunga..
Mudah sahaja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari rasa MALU..
Kan mudah juga layu..