17 October 2012

kelebihan Seorang Penghafal Al-Quran..


  1. Orang Istimewa Allah SWT
Dari Anas r.a., Rasullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :"Sesunggunya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia".Kemudian Anas bertanya :"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?".Baginda menjawab :"Iaitu ahli al-Quran (orang yang membaca/menghafal al-quran dan mengamalkan isinya) Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.
(Riwayat Ibnu Majah)

     2. Hati Tidak Diseksa

Daripada Abdullah bin Masu'd r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa mencintai Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira."
(Riwayat Al-Darimi)

      3. Memberi Syafaat kepada Keluarga

Mafhum daripada sabda Rasululah SAW, " Sesiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan masuk neraka"
(Riwayat At-Tamizi dan Al-Nasa'i)

       4. Ibu Bapa memperoleh Pahala Khas

kedua-dua orang tua penghfal Al-Quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu bertanya : "Kenapa kami diberi pakaian begini?" Kemudian dijawab : "Kerana anakmu menghafal Al-Quran".

       5. Dapat Tingkat Syurga Tertinggi

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : "Jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafak al-Quran ialah tingkatan yang paling atas, tidak ada tingkatan lagi sesudah itu."

No comments: