15 April 2011

Bantuan Allah

Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt.. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadang kala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini.. Nauzubillah..

Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi menah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut..

Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah swt dlam surah Al-Baqarah:

"Rasul dan orang-orang beriman bersamanya: " Bilakah datangnya? Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga? Padahal belum datang kepada mu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah pertolongan Allah? Ingatlah , sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". [Al-Baqarah:2:214]


Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi kan bukti bahwa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar b
eriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotilah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senag lenang di dalam kamus hidupnya , yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjajnjikan seribu kesukaran lagi..

Tetapi walaupun begitu susah perjuangan ini, meraka tidak semudah itu untuk mengalah. Lihat sahaja kisah Bilal bin Rabah, Musa'b bin Umair dan Kaab yang dikurniakan dengan ujian yang menggetarkan iman, tetapi kerana keiman yang ketingga kepada Allah, maka mereka diberikan keistimewaan berada di samping Allah..

Ayuh pejuang !!! bangkitlah dari kelemahan diri ini, ingatlah bahwa ujian itu sebagai mahar yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga dan semoga jerih lelah kita menunaikkan mahar ini akan menjadi sirna ketika berhadapan dengan Allah kelak.. Perjuangan ini penuh onak duri segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan langit bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita..


No comments: