15 April 2011

9 Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia



Antara sebab 9 utama yang menghilankan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2.Pendendam
Sidat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecilan sekalipun seperti sakitkan hati @ tempelak orang yang didendaminya itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada wang. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok di kongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5.Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.. Walau beberapa banyak yang diminum tetap tak abis juga.. Lagipun orang tamak selalu rugi..Ingat!! Yang dikatakan harta @ rezeki kita bila ia dipakai @ digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (Mungkin ada hak orang lain disitu) Biarlah rezeki sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat memanfaatkan.

6.Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang besar.

7.Ego
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan sesorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar dari sudut zahir mahupun batin.

8.Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambahkan amalnya tetapi dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalu kita riak..takabbur dgn apa yang kita ada.

9.Cinta dunia
Tidak dapat menderita,.. dapat pun menderita kerana bila susdah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi mengawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak soleh solehah.. cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia ini "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkan akhirat itu di hati dan dunia itu ditangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat di bawa mati.

Kesimpulan..
Jadi yang meragut kebahahiaan sebenarnya bukanlah TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukkan tetapi ialah sifat mazmumah.

Makin tinggi sifat mazmumah seseorang, semakin tidak bahagia. Samaada bermujahadah atau dibiarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadahkita kan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi, sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.. Andainya kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Segala kesilapan dan kesalahan dalam risalah ni minta maaf ye..

No comments: