06 August 2011

Mengenal ALLAH melalui nama2 & sifat-NYA

Dalam mengenal Allah, manusia tidak boleh bergantung kepada akal semata2. Mereka memerlukan sumber ilmu yang boleh memahamkan mereka tntang siapakah Allah? Akidah yg wajib mereka anuti dan syariat yg wajib mereka amalkan dlam kehidupan. Kesemuanya dapat diketahui bila manusia merujuk kpada sumber Al-Quran dan hadis yg menjelaskan secara panjang lebar berhubung ketauhidan ini.

Al-Quran sebagai kalam Allah merupakan printah peraturan dan penerangan yg menjelaskan sendiri berkenaan siapa Allah dan Rasul pula memainkan peranan sbagai manusia pilihan yg bertanggungjawab menjelaskan lagi maksud wahyu Allah tersebut. Pengetahui berkenaan sifat2 Allah termasuk yg wajib, harus dan mustahil nama2-Nya yg indah dan bnyak agi perlu dipelajari dan difahami dengan sebaik2nya agar keyakinan tentang keujudan dan keesaan Allah wujud dalam hati sanubari.

Mengetahui,menyakini, memahami sifat dan nama Allah merupakan jalan kepada manusia untuk mengenal-Nya. Pengetahuan berkenaan sifat dan nama ini merupakan saluran bagi manusia untuk mengenal Allah secara langsung nama2 Allah yg difirmankn-Nya adalah menunjukkan diri-Nya yg mulia. Setiap nama menunjukkan sifat khas yg semuanya adalah sifat Allah yg esa, tetap, dan tidak berubah.

Kata2 Imam Hasan Al-Banna dalam tulisan beliau fi al-aqidah al-ilamiyah, keyakinan kpda Allah yg brpandukan nama2 dan sifat-Nya ini perlu mempunyai beberapa ciri berikut iaitu:

  1. Iktikad dan yakin dengan kewujudan zat-Nya yg Esa dan yakin terhadap sifat2-Nya yg sempurna.
  2. Menafikan sifat2 yg musyabahah (penyerupaan) dan kekurangan kpada Allah.
  3. Mengakui bahawa zat dan sifat Allah yg sempurna tidak sama dengan sifat dan zat makhluknya.
  4. Menguatkan hubungan @ ikatan antara manusia dan pencita (Allah)
  5. Menyusun cara mengenal sifat Allah dan memahami kesempurnaanya.
  6. Kata2 dan perbuatan org2 mukmin seharusnya sesuai dgn akidah yg diyakini. Apabila diyakini Allah itu maha bekuasa maka wujud sifat tawakal kepada-Nya.

No comments: