Apa khabar agaknya iman kita di waktu dan ketika ini?? Adakah sihat seperti jasmani kita? Atau sedang sakit ??? Biasa @ kritikal?? Sedarkah kita?
Sedar tak sedar sebenarnya masyarakat memandang kita sabagai MODEL.. kerana apa??.. Kita menghafaz bukan sahaja 1 ayat .. tapi 30 juz.. beribu2 ayat... bayangkanlah.. Al-Quran itu adalah sesuatu yang amat mulia... bagaimana nak masuk nak masuk kedalam hati yang kotor??? Jiwa yang lalai???.... Kalau akhlak sudah ROSAK!!... Bagaimana mahu menjadi CONTOH & TELADAN kepada masyarakat... AL-QURAN itu suci... jangan kita kotorinya dengan perbuatan-perbuatan kita...
Ya Allah malunya kita .. Imam Syafie yang hanya "tertengok" tumit seorang perempuan sahaja sudah rasa susah untuk menghafal... apakah lagi kita ni!!!.. Kehidupan seharian ... penuh dengan dosa...hati kotor!... maksiat hati bila teringat- ingat perkara yang "lagha".... maksiat mata bila tengok benda2 yang tak elok .. (usha2)!!!... maksiat mulut bila bercakap benda2 yang x sepatutnya... mengumpat sana- sini... maksiat telinga bila dengar perkara yang x sepatutnya ... AL-QURAN yang sepatutnya dijadikan halwa telinga, lagu yang melalaikan pulak yang dizalimi .. maksiat tangan apabila menaip mesej2 kepada si "dia"...(buayafriend)... Sayang, rindu konon!!!!.... "COUPLE" BERLELUASA!!!! :(... Cuba pikir !! "Hafal Al-Quran tapi bercouple"... bagaimana tuuu?? Setiap hari baca @ hafal ayat ALLAH.. tapi dalam pada masa yang sama... buat maksiat jugak!!... macam kita mencampurkan antara hak dan batil... NAK CABAR HUKUM ALLAH KE?? n'auzubilah!!!... kalau mau mudah menghafal, kata waqi'.. tinggalkan maksiat... Mana identiti pelajar ISLAM?? Hilang nilai diri entah ke mana.. melayang- layang ... di alam fantasi ciptaan sendiri... Inilah salah satu keruntuhan akhlak di kalangan hamlatul quran.... ramai yang bila ditegur mengatakan "jangan masuk campur hal orang.."
Bagi yang ber "COUPLE" pulak... takutlah dengan azab ALLAH dalam surah al-Isra'... "wala taqrabuzzina".. (jangalah kamu dekati zina).. SMS, YM, FRENSTER dan sebagainya .. (tanpa ada tujuan yang dibenarkan) yg menjerumuskan ke arah itu... adalah ZINA... dan salah dalam hukum ISLAM... perlu diingat dan difahami... ALLAH SWT meletakkan 'taqrabu' (mendekati) bukan 'ta'malu' (membuat) ... matlamat tidak menghalalkan cara ... ISLAM itu tinggi dan x ada yg lain tinggi darinya...
Ayuh sama2 kita intropeksi .. koreksi diri kita .. adakah kita benar2 menghayati n beramal dengan AL-QURAN yg kita hafal @ baca.. @ hanya sekadar untuk exam ?? @ sekadar ingin nama sebagai hafizah??? Mana nilai diri kita sebenarnya?... Ayuh !! bangkit;aj wahai hamlatul quran... janganlah asyik dibuai mimpi .. apa tujuan antuma nak hafal quran sebenarnya ?? Kalau nak gelaran 'hafizah' ... lebih baik berhenti daripada dapat laknat ALLAH...
Sudahlah x ingat kdang-kadang apa yang dihafal ... ditambah pula dengan akhlak yang teruk ... kita sebenarnya perlukan 'sahabat yang menjadi cermin kepada diri kita' ... teman yang boleh membawa kita kearah kebaikan bukan keburukkan....
" Ya Allah... bantulah kami... kami selalu sahaja lalai dengan nikmat dunia-Mu yang sementara... selamatkan kami dari tipuan duniawi .. hasutan syaitan... kami selalu sahaja mengikut nafsu... Kami lemah Ya Allah!!!!"
No comments:
Post a Comment