Kita sering merungut betapa sempitnya masa kita. Kita nyatakan kita x mempunyai masa untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Kita bagi alasan x ada masa untuk bermesra dgn keluarga. Kita bagi alasan bahawa kesempitan waktu belajar. dan pelbagai lagi perkara terbengkalai kerana kita bagi alasan tiada masa. Namun apakah benar kita tiada masa?? Apakah bena kehidupan kita ini terlalu penuh???
Kelemahan manusia adalah kerana dia tidak menyusun keutamaan dalam kehidupan. Dia tidak merancang keutamaan kehidupannya. Sepatutnya semua perkara dalam hidup ini dibahgikan kepada 4 pekara. Penting dan utama, penting tapi x utama, x penting tapi utama dan x penting x utama. Apabila semua ini dah selesai barulah kita mempunyai masa lapang dan boleh melakukan yang x penting dan x utama. Dengan menyusun keutamaan ini dalam kehidupan kta, maka kita akan melihat banyak ruang kosong dalam kehidupan kita yang menanti untuk diisi.
Allah berfiman "Demi masa, sesunguhnya manusia dalam kerugian" [al-asr:1-2]
Kenapa dengan masa Allah bersumpuh akan kerugian masa? Hal ini kerana antara sifat masa adalah pergi dan x akan kembali lagi. Sekali masa terlepas langsung tidak mampu untuk berpatah balik. Sebab itu bagi mengeakkan kerugian yang sangat besar ini, kita perlu mengisi penuh kehidupan kita. Dan pastinya kita x mahu mengisi masa kita dengan perkara yang tidak bermakna. Tahukah anda siapa yang terselamat dari kerugian masa?? "Kecuali orang yang beiman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran" [al-asr:3]. Hanya yang mengisi masanya dengan perkara yang Allah suka sahaja yang terselamat dari kerugian ini.
Maka sepatutnya kita mengisi kehidupan kita dengan ketaatan kepada Allah. Kita belaja bersungguh-sungguh kerana-Nya. Kita berkerja dengan amanah kerana-Nya. Kita membaca Al-Quran, menghidupkan jiwa kerana-Nya. Isi kehidupan kita. Isi dan isi. Jangan kata tiada masa!!
Andai 24 jam itu tidak cukup untuk manusia, maka Allah tidak akan memberikan kita 24 jam. Hakikatnya, 24 jam itu cukup untuk kita. Tinggal kita sahaja tidap pandai menggunakannya.
No comments:
Post a Comment