09 July 2011

MILIKILAH SIFAT MALU!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.. ASSALAMUALAIKUM..


Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi sebab hari ini kita masih bernafas dan masih mendapat menimati nikmat Islam dan Iman.. [alhmdulillah]. Maaf banyak-bnyak, sbb isalah ni sepatut nya dah lama ada dalam blog ni..cuma ana lupa nak tulis.. ok, x nak memanjangkan lagi.. Tajuknya seperti tertera di atas.. selamat membaca..

Zaman mutaakir ni, banyak kita tengo berlakunya kepincangan berlaku, merosotnya akhlak dan trsebarnya maksiat. Dah x wujud lagi perasaan malu kepada Allah dan manusia. Sbb hilangnya perasaan malu, banyak tingkat laku x senonoh di tonjolkan kepada masyarakat. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki dan perlu dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi Muhammad kita yang tercinta sendiri pun seorang yang pemalu.

Pentingnya memiliki sifat malu. Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. kerana malu tulah yang akan menjadi prisai diri. Malu nak buat perkara x senonoh dan maksiat. Malu nak pegi ke tempat yang tida sepatunya seorang muslim pergi. Malu nak try buat perkara yang mungkar. Malu nak tayang perilaku buruk kite..

Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)


Ayat ni jelas nak bagi tau kita yang malu adalah antara ajaran yang x pernah luput sampai skarang. Betapa tingginya nilai malu alam agama Islam yang mulia ni.

Nabi Muhammad pernah bersabda tentang malu mafhumnya..:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:

"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim)

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.

1.Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.

2.Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.

3.Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.

4.Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.

5.Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.

6.Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.

7.Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.

8.Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.

9.Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.

10.Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.

11.Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Ingatlah juga yang malu iu sbahagian daripada Iman. Jadi , sama-samalah kita tingkatkan rasa malu dalm diri kita masing-masing. InsaAllah diri kita akn terpelihara dai buat perkara mungkar dan x senonoh. ~wallhu'alam.~

[Adala edit sikit2]

No comments: