09 July 2011

Hidup mulia mati syahid

Assalaualaikum.. pe khaba semuanya. smoga sentiasa di rahmati Allah.. berjumpa lagi kit untuk kali ke brapa ntah, ok, risalah pada kali ni tentang WASIAT!! ha wasiat apa?? mesti semua tertanya2 ana dah nak meninggalkan?? Nak bagi wasiat segala nie. hehe, idak ler sampai ke situ pulok nyer. herm, hai2 kita baca al-ma'thurat kan?? knal x siapa pengarang al-ma'thurat tue? mesti ramai knal kan?? knal x knal ana nak bgi tau sapa orang tu.. beliau adalah SYEIKH IMAM HASAN AL-BANNA. Beliau meupakan orang yang sngat hebat. Selain beliau mengaang al-ma'thurat, beliau aa mngariskan 10 wasiat kpd kita smua.. before tu, sama-sama kita sdakahkan al-fatihah kpd beliau..... [al-fatihah].... ok dah ready untk meniti bait2 wasiat? ops!!, sblum tue tunggu sat satu lagi, niat,hehe, betulkan niat kita sume, n semuga apa yang nak baca sat gi nih memberi impak yang munijah (kesan) kpd kite sume, key??.. ok jom... takbir!! alhuakhbar!!

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.

Sekadar yang nie saja yang ana mampu ntk ana kongsi kan dgn antunna smua, smoga kta dpt baiki lagi diri kita yang lmah nie.. sbrang pertanya @ comment boleh la comment dkt post nie atau dimana sahaja anda suka.. ok sma2 lah kita change dlm diri kita, ingat, tiada istilah rehat bgi seorng pejuang.. bebaskanlah dirimu dri sgla masalah, jom harungi perjlnan kita sedia maklum bnyak cabarannya,,, so..wake up my sis!! kita must harungi smua ni bersama dan psti akan mnang dlm sgala mcm halangan coz itu jnji Sang Pencipta kpd kita.. Surah Muhammad ayat 7. Tapi usaha perlu lah ye..

No comments: