15 April 2011

Tenangkanlah Duhai Hati

Bismillahirahmanirahim..


Setiap hari kita ketawa. Setiap ari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.Tapi kenapa hati kita x gembira??

Kita smbahyang setiap hari. Kita berdoa selalu kpda Allah. Kita minta sungguh2 kat Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak makbul?? Sedangkan Allah berfirman : "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan.."

Apa masalah kita??
Hati kita x gembira sebab kita x pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita x pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita x ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita nak di makbulkan??
Sebab kita asyik meminta kepada Allah, tapi x pernah pun minta amoun keapda Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak kepda Allah. Alangkah malunya kita,kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, Lepas kita dapat bersenang lenang kita lupa kepada Allah, kita x bersyukur kepada Allah. Bila datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..Minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita??

Cuba kita renungkan diri kita. Cuba hitung, berapa kali sebut kalimah syukur dalam satu hari?? X payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya?? Itupun kalu sebut..

Pernah kita bangun malam.. Solat sunat, solat tahajjud, solat taubat??Pernah?? Ada... kat sekolah ye la memang ada orang kejutkan. Itupun susah nak bangun.. Lepas tu ada?? Ada.. Time nak periksa .. waktu tu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat pulak tu!! Lepas dapat result tu, ada buat sujud syukur x?? Hmm.. entahla, x ingat la pulak!!..Hari-hari kita buat baik..Kita tolong orang. Kita sedekat kat orang.Kita buat macam-macam. Tapi kenapa hati still jugak x tenang?? Kenapa ye?? Sebab dalam hati kita x ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata laon. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikkan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah malunya kita.. Allah menciptakan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan, sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali iblis laknatullah. Betapa Allah memuliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa pada tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang menciptakan diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammada SWA, pada saat malaikat inggin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayangnya Rasulullah kepada kita!! Tapi kita?? Kita lupa baginda Rasulullah. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana kita nak tenang??

Lembutkan lah hati kita. Tundukkanlah diri kita kepada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat semua tu.. Ikhlaskan hati dalam setiap perkara..

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja lah yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. InsyaAllah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri.. Tenanglah dikau wahai hati.. Renung-renungkanlah..

No comments: