23 August 2009

...YaNg BeRnAmA kUcInG...



YANG BERNAMA KUCING......


Berkaca sinar matanya
Sesekali mengerdip bak kejora
di tubir malam...
renung pekat pancaran matanya
amat mengerti bahasa dunia
biarpun dalam batas alam yang berbeza
sesekali berkisah mengkhabarkan apa mahunya
tulus jiwa dan kental kasih
ngiau dan geselan lembut di kaki
beerti ia mahu mengisi perut yang lapar
sama seperti tatkala menyisir bulu tebal di jasadnya
lembut tertib dalam aturan waktu
sering mengalahkan nurani manusia
andai sentiasa dibelai mesra
acapkali membina rasa istimewa
kerana nalurinya lebih hebat daripada kita
amat kental membina tembok kasih sayang
siapa yang melayannya dengan baik


itulah tuan yang harus ditaati
karenah dan tingkah sering memukau
dalam banyak episod ranjau manusia
menjadi terapi pembelai jiwa yang sunyi
untuk sebuah kehidupan manusia yang kian sepi
tidak hairanlah kenapa jadi haiwan kesayangan Nabi
oleh itu jangan sekali-kali membenci
apatah lagi mengasari sang haiwan ini
ia mengerti dalam diam,manja dalam bungkam
amat memehami siapa yang sayang,siapa yang kejam!
naluri kesayanganya juga sering mengalahkan insan
mengerti balas budi ,tahu diri mengerti perasaan...
ada kiat cuma tak punya jalur fikir gaya manusia
namun tak pernah membuang zuriat sendiri
seperti hebatnya manusia hari ini
tak dapat membeza antara sampah dengan anak sendiri
belajarlah mengerti habitat ini
menyakitinya beerti masih belum sempurna tuntutan diri
kerana ia adalah haiwan kesayangan Nabi
menyayanginya samalah mengikut sunnah Nabi-Mu!



itulah kucing...kepada sesiapa yang membela kucing sayangilah kucing anda dengan sebaiknya....

No comments: